Nurul Izzah Izzati terkandas acara keirin

PARIS, 7 Ogos: Pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terlepas peluang ke suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024, apabila menamatkan saingan di tempat ketiga pusingan repechage hari ini.