Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Garis panduan tatalaku bagi platform media sosial versi pertama akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan tahun depan. Foto hiasan Envato

Versi pertama garis panduan tatalaku media sosial berkuat kuasa 1 Jan 2025 – Fahmi

ByBernama

PUTRAJAYA, 6 Ogos: Garis panduan tatalaku bagi platform media sosial versi pertama akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan tahun depan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Justeru, beliau berkata satu sesi libat urus akan mula diadakan dalam masa terdekat dengan semua pemegang taruh platform media sosial bagi merangka garis panduan tatalaku itu bagi memperinci keperluan etika dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.

“Mereka ada beberapa pandangan yang ingin disampaikan dan kita sudah maklumkan bahawa akan ada satu proses libat urus dengan semua pemegang taruh.

“Hasil dapatan daripada sesi libat urus ini akan diambil kira dan kita dapat rangka garis panduan tatalaku,” katanya kepada media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Fahmi berkata garis panduan itu perlu jelas kepada pihak platform media sosial dan jika melanggarnya, mereka akan didenda.

Sebelum ini, beliau berkata jika didapati bersalah penyedia perkhidmatan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara bagi tempoh lima tahun atau kedua-duanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan