Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan sebanya empat kategori tiket akan dijual bagi perlawanan akhir Piala FA yang mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC pada 24 Ogos ini. Foto MFL (FB)

Tiket final Piala FA 2024 serendah RM50 – MFL

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan sebanya empat kategori tiket akan dijual bagi perlawanan akhir Piala FA yang mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC pada 24 Ogos ini.

Final Piala FA itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 malam.

Empat kategori tiket yang diagihkan secara sama rata kepada kedua-dua pasukan adalah General Admission berharga RM50 dan RM70, Piala FA Premium (RM150) dan Piala FA VIP Grandstand (RM200).

“Urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak kelab untuk memastikan penjualan tiket secara terus kepada penyokong dengan sistematik dan sama rata.

“Segala maklumat mengenai proses penjualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh JDT dan Selangor FC dalam masa terdekat,” menurut hantaran di laman Facebook MFL hari ini.

JDT mara ke final Piala FA selepas mengatasi Kedah Darul Aman (KDA FC) dengan agregat 5-1 manakala Selangor FC menewaskan Terengganu FC dengan agregat 6-4 untuk melangkah ke perlawanan akhir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan