Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) mengambil tindakan merobohkan pembinaan haram sebuah lokasi tarikan baharu di pusat peranginan tanah tinggi itu dikenali sebagai Cameron Santorini yang diinsipirasikan daripada Santorini di Greece. Foto Majlis Daerah Cameron Highlands Pahang Darul Makmur (FB)

Tiada lagi ‘Cameron Santorini’

ByBernama

KUANTAN, 6 Ogos: Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) mengambil tindakan merobohkan pembinaan haram sebuah lokasi tarikan baharu di pusat peranginan tanah tinggi itu dikenali sebagai Cameron Santorini yang diinsipirasikan daripada Santorini di Greece.

Dalam satu hantaran di Facebook, MDCH menyatakan tindakan penguatkuasaan yang dibuat terhadap pemilik lokasi tarikan terbaharu yang tular di media sosial itu adalah atas kesalahan Seksyen 70 (1) Pembinaan Tanpa Kelulusan di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Operasi yang bermula sekitar 9 pagi hingga 11.30 pagi (semalam) diketuai Yang Dipertua MDCH Azmil Hadid Maznan dan turut melibatkan kakitangan MDCH serta Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Kerja Raya Cameron Highlands dan Tenaga Nasional Berhad.

“Semoga tindakan penguatkuasaan ini dapat menjadi iktibar dan peringatan kepada mana-mana pihak yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan agar mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan berkaitan semasa yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kekurangan nilai integriti menyebabkan tanah di Pahang sudah mula ‘dijajah’ oleh pendatang asing secara terang-terangan.

Mengambil contoh tanah di Cameron Highlands, Al-Sultan Abdullah bertitah tanah di kawasan itu yang dipajak dan disewa kepada petani, kini disewakan kepada warga asing kerana mengikut nafsu dan pentingkan wang ringgit hingga menggadai integriti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan