Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota ronda mendapati empat individu sedang berjalan dari arah sempadan Indonesia dan segera menahan serta membuat pemeriksaan ke atas mereka. Foto TDM

Tentera Darat Malaysia dan TNI-AD usir empat PATI di Pos Biawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 6 Ogos: Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama dengan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) berjaya menyekat kemasukan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba lolos di sempadan Malaysia-Indonesia, Sektor Pos GABMA Biawak.

Menurut Markas 1 Divisyen, pencerobohan berkenaan disedari oleh TDM dan TNI-AD yang sedang melakukan rondaan berhampiran laluan tikus yang terletak kira – kira 200 meter dari sempadan Indonesia pada 12.15 tengah hari tadi.

Empat PATI diusir dari Sektor Pos GABMA Biawak

“Anggota ronda mendapati empat individu sedang berjalan dari arah sempadan Indonesia dan segera menahan serta membuat pemeriksaan ke atas mereka.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI yang berumur 32 hingga 49 tahun tidak membawa sebarang barang terlarang atau berbahaya. Barangan yang diperiksa termasuk wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2,713.00,” jelas markas itu menerusi kenyataan media hari ini.

Tentera Darat Malaysia berjaya usir tiga kumpulan PATI cuba masuk Sarawak hari ini

Tambah Markas 1 Divisyen, kesemua PATI telah diusir dan laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi memastikan proses pengusiran dilakukan mengikut peraturan.

Sementara itu Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang terlibat dalam operasi tersebut.

Hajat hendak bekerja di Malaysia berakhir dengan diusir

Beliau berkata, sejak Januari hingga kini sebanyak 20 kali pengusiran melibatkan seramai 151 orang PATI telah direkodkan.

“TDM akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan, mahupun jenayah rentas sempadan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan