Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan suami isteri rentung dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Pangkalan 2 Lutong Baru, Miri, hari ini. Foto JBPM

Suami isteri rentung dalam kebakaran di Miri

MIRI, 6 Ogos: Pasangan suami isteri rentung dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Pangkalan 2 Lutong Baru di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang rentung dikenali Abdullah Nassa,77, dan isteri Jaimah Badar,64.

Komander Operasi, PBT II Henry Jugah berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong dengan bantuan BBP Lopeng digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.55 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal telah terbakar keseluruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak membentang satu aliran salur bantu mula, satu aliran 200 kaki, satu unit pam dan air dari sungai berdekatan.

“Kedua-dua mangsa (pasangan suami isteri) dijumpai rentung pada jam 12.15 tengah hari di kawasan bilik mandi.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis pada 1.15 tengah hari untuk tindakan lanjut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan