Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn pada Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Teknologi Lestari Lanjutan 2024 di Kuching pada Selasa. Foto TVS

Sarawak sasar 10,000 teknologis menjelang 2025

KUCHING, 6 Ogos: Sejajar dengan sasaran agar mempunyai kumpulan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diiktiraf mencukupi, kerajaan Sarawak mensasarkan untuk mendaftar 10,000 teknologis menjelang 2025.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata setakat Jun ini, seramai 6,555 teknologis profesional berdaftar dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

“Kementerian kami akan bekerjasama dengan Persatuan Juruteknik Profesional dan Juruteknologi (APTT) serta agensi-agensi lain bagi merealisasikan perancangan tersebut,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Teknologi Lestari Lanjutan (ASTECH) 2024 di sini pada Selasa.

Menurutnya lagi, pembangunan modal insan yang holistik merupakan ramuan penting dalam merealisasikan aspirasi kerajaan Sarawak dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang 2030.

Jelasnya, ASTECH 2024 merupakan platform untuk melahirkan individu-individu berkemahiran tinggi yang memangkin sosioekonomi ke tahap lebih cemerlang seiring dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Penganjuran ASTECH 2024 amat bertepatan kerana persidangan ini seiring dengan saranan Premier Sarawak untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi terutama dalam bidang berkaitan kejuruteraan, teknologi, sains dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan