Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak jamin kebajikan pengamal media sepanjang SUKMA

KUCHING, 6 Ogos: Kerajaan Sarawak memberi jaminan bahawa kebajikan pengamal media sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak ke 21 akan terjaga.

Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam) Datuk Abdullah Saidol berkata, pihaknya akan memastikan semua perkara yang diperlukan terutamanya kemudahan infrastruktur akan disediakan.

“Kita ingin pastikan jaringan internet dalam keadaan yang baik dan keselesaan semua warga media yang datang dari luar yang mengunjungi Sarawak terjamin,”katanya kepada pemberita selepas hadir perasmian Liga Pickleball Kuching di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdullah memaklumkan pihaknya juga telah menerima maklum balas daripada pengamal media lain berkaitan cabaran yang mungkin dihadapi sepanjang membuat liputan kelak, termasuk isu logistik.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan akan menyuarakan perkara itu kepada Majlis Tertinggi.

“Walaupun UKAS hanya menguruskan pusat media, jika keadaan mendesak mungkin kita akan bawakan ke Majlis Tertinggi,” katanya.

Pada masa sama Abdullah berharap pengamal media yang datang dari luar agar dapat memberi fokus liputan acara sukan dan berkongsi keunikan di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan