Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak berhak atur aktiviti di pelantar benua – Sharifah Hasidah

ByAmirah Shawel

KUCHING, 6 Ogos: Sarawak berhak mengurus dan mengatur segala aktiviti di sekitar pelantar benua, selaras dengan Akta Pelantar Benua (Pindaan) 2009, kata Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) berkata, hak berkenaan termasuk mengawal selia aktiviti penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di kawasan itu.

Hak Sarawak terhadap kawasan luar pantai diperakui

Menurutnya, Kerajaan Sarawak juga akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan mengenai perkara itu.

“(Sebagai contoh) sempadan laut Sarawak seperti yang didefinisikan dalam Kanun Tanah Sarawak adalah hingga ke tebing benua iaitu 200 batu nautika, bukan tiga atau empat batu nautika.

“Apa sahaja perkara di dalam kawasan sempadan itu merupakan hak Sarawak (oleh itu) kerana kita berhak untuk mengawal selia (serta) mengunakan sumber di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Liga Pickleball Kuching di MUSCS Pickleball Arena di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan Dan Ukas), Datuk Abdullah Saidol dan Presiden MUSCS, Datuk Dzulkarnain Ahmad.

Sharidah Hasidah mengulas kenyataan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam yang Kerajaan Persekutuan telah memperakui hak Sarawak di kawasan luar pantai.

Abang Johari berkata menerusi pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur pada Mesyuarat Majlis Tenaga Negara, masalah berkaitan kuasa ke atas tanah dan simpanan karbon di pelantar benua telah diselesaikan dengan baik.

Sementara itu Sharifah Hasidah menambah, segala perkara yang dilaksanakan oleh Sarawak adalah berlandaskan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan