Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas hadir Mesyuarat Pemantauan Projek bersama JKR Bahagian Bintulu di sini hari ini. Foto, Alex Teo (TVS).

Rombongan MIPD, JKR turun padang kenal pasti masalah projek

ByPriscilla

BINTULU, 6 Ogos: Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan program turun padang bagi mendapatkan maklum balas mengenai prestasi serta status terkini projek – projek dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, program hari ini juga bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada wakil rakyat di setiap kawasan terlibat.

Jelas beliau, rombongan berkenaan juga mendapat gambaran sebenar mengenai masalah yang dihadapi dalam melaksanakan projek.

“Ada beberapa isu yang ingin diselesaikan di Bintulu dan Miri iaitu membabitkan jalan perhubungan yang bergantung kepada jalan balak jenis satu iaitu terbengkalai, maknanya tidak digunakan.

“Oleh itu kita ingin dapatkan maklumat mengenai berapa banyak rumah panjang yang berada di kawasan jalan balak tersebut,” katanya di sini hari ini.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas hadir Mesyuarat Pemantauan Projek bersama JKR Bahagian Bintulu dan wakil rakyat kawasan ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, Timbalan Menteri  Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Ir. Aidel Lariwoo dan ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon.

Selain itu katanya tujuan lawatan turun padang yang dijalankan ini adalah untuk mengenal pasti berapa banyak rumah panjang yang masih belum dihubungkan dengan jalan raya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan