Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Paulus Palu Gumbang (tengah) pada Jerayawara Project of Dream Realised 2024 anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak di Limbang pada Isnin. Foto TVS

Rebut peluang pengambilan khas guru

LIMBANG, 6 Ogos: Anak Sarawak termasuk di daerah Limbang yang berminat dalam profesion perguruan digalak memohon jawatan itu menerusi pengambilan khas Sarawak 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang berkata keputusan untuk mengadakan pengambilan khas 1,000 orang guru adalah satu berita gembira buat anak-anak tempatan.

“Saya percaya keputusan ini adalah langkah terbaik untuk memberi bukan saja peluang kepada anak Sarawak menjadi guru di sekolah- sekolah di Sarawak, tetapi juga dapat menampung keperluan dan kekurangan guru terutamanya sekolah di luar bandar,” katanya.

Paulus berkata demikian ketika ditemui pada Jerayawara Project of Dream Realised 2024 anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) di sini, semalam.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana melaksanakan pengambilan khas untuk anak Sarawak bagi menampung kekosongan jawatan.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata pengambilan khas ini dibuka mulai 1 hingga 23 Ogos.

Menurutnya, kekurangan guru dihadapi terutama bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Moral, Prasekolah, Bahasa Melayu dan Pemulihan serta kekosongan dalam 22 pilihan mata pelajaran lain termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan