Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC) Bahagian Bintulu yang baharu di Jepak mencapai pembinaan 68.88 peratus. Foto TVS

Projek pembinaan IAC Bintulu capai kemajuan 68.88 peratus – Douglas Uggah

ByPriscilla

BINTULU, 6 Ogos: Projek pembinaan Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC) Bahagian Bintulu yang baharu di Jepak setakat ini mencapai kemajuan sebanyak 68.88 peratus.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek itu dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Mac 2025.

Jelas beliau selepas siap kelak, IAC akan memusatkan agensi-agensi kerajaan dalam satu bangunan bagi memudahkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

“(Saya) sangat berpuas hati dengan kemajuan fizikal projek ini yang diyakini akan memberi semangat baharu kepada agensi-agensi kerajaan di sini.

“Bintulu sangat bertuah kerana akan mempunyai bangunan yang baharu dan menjadi salah satu mercu ikonik di Jepak,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Douglas Uggah bersama Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai dan Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Ir. Aidel Lariwoo melawat tapak projek IAC Bintulu.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Chiew Chee Yau dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Ts. Gs. Bs. Ir. Dr Cassidy Morris. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan