Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pelajar tingkatan lima yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas dihempap pokok durian di Kampung Charuk Sireh di sini pagi tadi. Foto hiasan Envato

Pelajar tingkatan lima maut dihempap pokok durian

ByBernama

SIK, 6 Julai: Seorang pelajar tingkatan lima yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas dihempap pokok durian di Kampung Charuk Sireh di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata ketika kejadian mangsa Muhammad Assif Md Zahid, 17, dikatakan menunggang motosikal bersendirian menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lapan.

Beliau berkata pihaknya mendapat laporan daripada ibu mangsa pada 7.44 pagi yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Siasatan awal telah dijalankan dan tidak menemui sebarang kesan jenayah atau khianat. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Difahamkan kawasan tersebut mengalami hujan sepanjang malam hingga pagi tadi dan tiada saksi yang melihat kejadian itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan