Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Trio Katy Marchant, Emma Finucane dan Sophie Capewell memenangi emas dalam acara pecut berpasukan wanita di Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines pada Isnin. Foto AFP

Paris 2024: Trio pecut wanita Britain menang emas, pecah rekod dunia

ByBernama

PARIS, 6 Ogos: Britain mencipta rekod baharu dunia dengan catatan masa 45.186 saat (s) untuk memenangi emas dalam acara pecut berpasukan wanita di Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines pada Isnin.

Trio Katy Marchant, Sophie Capewell dan Emma Finucane menewaskan trio New Zealand, Rebecca Petch, Shaane Fulton, dan Ellesse Andrews, yang mencatatkan masa 45.659s, lapor Xinhua.

“Saya kehilangan kata-kata, ia benar-benar luar biasa,” kata Marchant yang dipanggil menyertai pasukan pada saat akhir dan kali terakhir meraih pingat Olimpik adalah pada 2016.

Finucane juga gembira dengan berkata: “Kami telah bekerja keras untuk ini dan proses adalah kuncinya,” katanya.

Acara pecut berpasukan melibatkan tiga pelumba yang berlumba sejauh 750 meter (tiga pusingan) mengelilingi trek dengan seorang pelumba ‘tidak meneruskan saingan’ selepas setiap pusingan, meninggalkan seorang pelumba dari setiap pasukan untuk melintasi garisan penamat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan