Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyerang Perancis,Jean-Philippe Mateta (kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola sepak separuh akhir lelaki menentang Sukan Olimpik Paris 2024 di Stadium Lyon. Foto, AFP.

Paris 2024: Perancis atau Sepanyol bakal rangkul emas bola sepak?

ByAFP

LYON, 6 Ogos: Jean-Philippe Mateta menjaringkan dua gol ketika tuan rumah (Perancis) bangkit menewaskan Mesir 3-1 dalam masa tambahan sekali gus mara ke perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan Olimpik Paris 2024.

Tuan rumah akan menentang Sepanyol yang mengetepikan Maghribi 2-1.

Perancis dijangka akan tewas selepas Mahmoud Saber meletakkan Mesir di hadapan selepas sejam permainan berlangsung.

Penyerang Crystal Palace, Mateta menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada lewat perlawanan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Mesir beraksi dengan kekurangan pemain selepas Omar Fayed dilayangkan kad merah.

Michael Olise kemudian mengesahkan kemenangan tuan rumah pada minit ke-108.

Perancis kini ingin memburu pingat emas bola sepak lelaki Olimpik kedua mereka sejak 1984.

Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung di Parc des Princes, Paris pada Jumaat ini.

“Apabila anda melihat Perancis merangkul pingat di merata tempat, anda berkata kepada diri sendiri bahawa kini adalah giliran kami untuk tidak mengecewakan semua orang.

“Kami tidak mahu menjadi pasukan yang tidak memenangi pingat jadi sekurang-kurangnya itu sudah kami kecapi.

“Sekarang kita akan lihat apa warna (pingat) yang kita (bakal) dapat. Jujurnya saya (rasa seperti) dalam mimpi dan tidak mahu bangun,” kata jurulatih Perancis, Thierry Henry.

Sementara itu, Mesir dan Maghribi akan terlibat dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan