Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aleksandra Miroslaw dari Poland memecahkan rekod dunianya sendiri dua kali dalam pusingan kelayakan. Foto AFP

Paris 2024: Pemanjat Poland Miroslaw pecah rekod dunia

ByBernama

PARIS, 5 Ogos: Hari pembukaan sukan memanjat atau sport climbing di Sukan Olimpik Paris menyaksikan beberapa insiden dan rekod baharu dunia tercipta.

Aleksandra Miroslaw dari Poland memecahkan rekod dunianya sendiri dua kali dalam pusingan kelayakan, sementara kerosakan ‘sistem pemasaan’ menyebabkan gangguan 20 minit dalam pertandingan di Le Bourget Sport Climbing Venue, lapor Xinhua.

Pusingan kelayakan ‘panjat laju’ berlangsung melalui fasa penetapan dan penyingkiran untuk menentukan lapan terbaik.

Miroslaw, 30, mencatatkan masa 6.21 saat dalam percubaan pertamanya semasa fasa penetapan, mengatasi rekod dunia sebelumnya sebanyak 0.03 saat. Dia kemudian memperbaiki catatan masanya kepada 6.06 saat dalam pusingan kedua.

Dalam pusingan penyingkiran, Miroslaw mencatatkan 6.10 saat menentang Aniya Holder dari Afrika Selatan dan mara ke final.

Dia telah memecahkan rekod dunia sebanyak tujuh kali sejak 2021 menjelang Sukan Olimpik Paris.

Bagaimanapun, dia enggan ditemu bual media antarabangsa selepas pertandingan, menyatakan perasaannya secara ringkas dalam bahasa Poland sebelum meninggalkan venue.

Sementara itu, pasukan Paris 2024 sedang menganalisis punca insiden melibatkan sistem pemasaan untuk memastikan ia tidak berulang. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan