Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet terjun ke dalam sungai Seine untuk memulakan peringkat renang triatlon individu lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 pada 31 Julai 2024. Foto fail AFP

Paris 2024: Latihan renang air terbuka Olimpik dibatalkan di Sungai Seine

ByBernama

PARIS, 6 Ogos: Sesi latihan pertama untuk pertandingan renang air terbuka Olimpik di Sungai Seine telah dibatalkan, menurut World Aquatics pada Selasa tanpa memberikan alasan pada mulanya.

Sukan Olimpik Paris telah dicemari oleh kontroversi mengenai kebersihan Sungai Seine, dengan sesi latihan untuk acara triatlon minggu lepas, kerap dibatalkan setelah air gagal dalam ujian pencemaran dan satu acara ditangguhkan sehari.

Perenang air terbuka Jerman yang diketuai oleh juara Tokyo, Florian Wellbrock, memang tidak merancang untuk mengambil bahagian dalam latihan di Seine.

Pertandingan renang air terbuka lelaki dan wanita, juga dikenali sebagai renang maraton, dijadualkan berlangsung sejauh 10 kilometer di sungai itu pada 8 dan 9 Ogos.

Jika tahap kualiti air di Seine tidak sesuai untuk berenang, penganjur boleh menukar acara perebutan pingat untuk pertandingan mendayung. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan