Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar Mesir Dr Badr Abdel Aati menggesa Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pertikaian dan terlibat secara serius dalam rundingan gencatan senjata di Gaza. Foto AFP

Mesir gesa AS tekan Israel terlibat secara serius rundingan gencatan senjata di Gaza

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Menteri Luar Mesir Dr Badr Abdel Aati menggesa Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pertikaian dan terlibat secara serius dalam rundingan gencatan senjata di Gaza.

Kementerian Luar Negeri Mesir, dalam satu kenyataan berkata Abdel Aati dalam perbualan telefon dengan Blinken pada Isnin telah memberitahu rakan sejawatannya dari AS mengenai peningkatan ketegangan yang sedang berlaku di rantau itu dan cara untuk membendungnya.

Beliau berkata perkembangan sedemikian berisiko menggugat kestabilan situasi keselamatan dan berpotensi meluaskan konflik ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Semasa perbualan itu kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai status rundingan gencatan senjata dan bersetuju bahawa usaha dan penyelarasan perlu dikekalkan untuk menggalakkan pihak-pihak yang terlibat mencapai perjanjian gencatan senjata secepat mungkin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan