Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis memberkas seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun yang disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di rumah pengasuh di Kampung Sungai Pulau, Sungai Sumun, Bagan Datuk dekat sini hari ini. Foto hiasan, Envato.

Lelaki 71 tahun ditahan amang seksual kanak-kanak 10 tahun

ByTVS

IPOH, 6 Ogos: Polis memberkas seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun yang disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di rumah pengasuh di Kampung Sungai Pulau, Sungai Sumun, Bagan Datuk dekat sini hari ini.

Kes culik kanak-kanak: Polis siasat motif termasuk kemungkinan suspek pedofilia

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, suspek ditahan di rumahnya kira-kira pukul 5 petang selepas ibu mangsa berusia 39 tahun membuat laporan berhubung kejadian itu.

Kanak-kanak berhak mengetahui mengenai hak, perlindungan

“Suspek yang ditahan bagi siasatan lanjut merupakan suami kepada bekas pengasuh kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan