Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penasihat Kumpulan Permotoran Cekal Setia Terengganu, Ahmad Tarmizi Mohamed merakam gambar kenangan bersama tertamu yang hadir semasa Majlis Perlepasan Kembara Terengganu di hadapan Hotel Plaza Merdeka di Kuching pada Selasa. Foto TVS

Kumpulan Permotoran Cekal Setia Terengganu mulakan penggembaraan jelajah Borneo

KUCHING, 6 Ogos: Kumpulan Permotoran Cekal Setia Terengganu yang memulakan penggembaraan hari ini merupakan kumpulan pertama melakukan pusingan balik Lebuhraya Pan Borneo sejauh 4,690 kilometer dalam kembara menjelajah ke Pulau Borneo.

Penasihat Kumpulan Permotoran Cekal Setia Terengganu, Ahmad Tarmizi Mohamed berkata, perjalanan tersebut dijangka akan mengambil masa selama 20 hari untuk merentasi kawasan kepulauan borneo dari Sarawak, Sabah, Brunei dan Pontianak.

Menurutnya, mereka melakukan banyak persinggahan di beberapa buah tempat bagi mengambil masa untuk menikmati pengalaman menyertai kembara tersebut.

“Jadi daripada sini kita bermula ekspesidi kita daripada Kuching kita explore sampai ke Sabah dan kita ambil masa di situ lebih kurang 12 hari.

“Lepas itu daripada Sabah kita berakhir di Kota Kinabalu bermalam di Brunei kemudian dari Kuching baru ke Pontianak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita pada Majlis Perlepasan Kembara Terengganu di hadapan Hotel Plaza Merdeka di Kuching pada Selasa.

Seramai 14 peserta dengan lapan buah motosikal telah menyertai kembara di kepulauan borneo bermula dari Kuching.

Kembara tersebut merupakan kali keempat yang telah dilakukan oleh kumpulan permotoran tersebut namun kali ini dengan menggunakan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang siap hampir keseluruhannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan