Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang menyiasat motif penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun Albertine Leo Jia Hui, termasuk kemungkinan suspek lelaki yang ditahan semula dalam kes itu merupakan seorang pedofilia. Foto fail media sosial

Kes culik kanak-kanak: Polis siasat motif termasuk kemungkinan suspek pedofilia

ByBernama

JOHOR BAHRU, 6 Ogos: Polis sedang menyiasat motif penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun Albertine Leo Jia Hui, termasuk kemungkinan suspek lelaki yang ditahan semula dalam kes itu merupakan seorang pedofilia.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata ia susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek di Kulai.

Beliau berkata hasil siasatan motif kes tersebut dipercayai akan dapat diketahui dalam masa terdekat.

“Kita menemui petunjuk baharu dalam kes ini iaitu dengan penemuan alat mainan seks dan pelbagai lagi. Jadi, fokus siasatan kita tertumpu kepada itu (penemuan) dan kita harap dapat mengetahui motif dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan suspek merupakan seorang pedofilia.

Kumar berkata suspek juga berkemungkinan menculik kanak-kanak tersebut secara bersendirian.

Ditanya sama ada kanak-kanak itu akan dihantar semula untuk pemeriksaan kesihatan, Kumar berkata tiada keperluan setakat ini memandangkan keputusan hasil pemeriksaan oleh pakar perubatan sebelum ini telah mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau dalam pada itu berkata suspek direman enam hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Tempoh reman lelaki itu yang keseluruhannya selama 13 hari bagi siasatan kes penculikan tamat 4 Ogos lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis sebelum ditahan semula susulan penemuan baharu termasuk alat mainan seks itu.

Kumar sebelum ini dilapor sebagai berkata suspek ditangkap bersama Albertine di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 23 Julai selepas kanak-kanak itu hilang di kawasan Eco Galleria, Iskandar Puteri pada 20 Julai lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan