Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Chee Kadir ketika hadir bersama tetamu jemputan lain pada sesi dialog bersama agensi pelaksana rumah mampu milik bagi SPK Hulu Kabong Fasa Satu di Dewan Serbaguna Balai Polis Kabong, pada Selasa. Foto Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong

Kerajaan peruntuk RM53 juta laksana SPK Kampung Hulu Kabong

KABONG, 6 Ogos: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM53 juta bagi menyediakan lebih 400 lot kediaman untuk penduduk Kabong di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) Fasa Satu dan Dua.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, projek dikenali yang sebagai SPK Kampung Hulu Kabong itu, bakal memberi manfaat kepada rakyat khususnya mereka yang belum memiliki kediaman sendiri.

Skim yang disediakan itu katanya, mendapat sambutan positif apabila lebih 800 penduduk mengemukakan permohonan bagi SPK Fasa Satu.

“Kita menjangkakan fasa dua projek ini juga akan mendapat sambutan luar jangkaan. Sehubungan itu, saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan untuk fasa tiga dan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog bersama agensi pelaksana rumah mampu milik bagi SPK Hulu Kabong Fasa Satu di Dewan Serbaguna Balai Polis Kabong hari ini.

Menurut Mohd Chee, fasa dua projek itu kini juga sudah bermula sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat Kabong terhadap kemudahan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berharap dapat mencari mekanisma bagi membantu penduduk supaya layak mendapatkan pinjaman daripada mutiara mortgage and credit sdn bhd iaitu agensi yang menyediakan pembiayaan bagi membantu pembeli rumah.

“SPK menyediakan kediaman yang lebih selesa, terancang selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas termasuk jalan raya berturap, parit konkrit, elektrik dan air, telekomunikasi dan sebagainya,” katanya.

Menyentuh pelaksanaan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Kabong, beliau berpuas hati dengan perkembangan terkini kesemua projek berkenaan.

“Sememangnya, kerajaan sentiasa memberikan komitmen penuh dalam memastikan pelaksanaan setiap projek lancar dan sempurna,” katanya.

Untuk rekod sebanyak 176 projek RTP dilaksanakan di DUN Kabong bermula 2015 hingga 2024 dengan nilai keseluruhan RM41.4 juta, daripada jumlah itu sebanyak 133 projek telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya. – TVS

Tags: kabong, SPK

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan