Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang individu ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar selepas terbabas ke dalam parit di Jalan Teluk Intan, Kuala Bikam di Teluk Intan (kira-kira 100 kilometer dari sini) malam tadi. Foto JBPM Perak

Individu rentung: Kereta terbabas, terbakar dalam parit

ByBernama

IPOH, 6 Ogos: Seorang individu ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar selepas terbabas ke dalam parit di Jalan Teluk Intan, Kuala Bikam di Teluk Intan (kira-kira 100 kilometer dari sini) malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.35 malam berhubung insiden itu dan identiti mangsa belum dikenal pasti.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas ke dalam sebuah parit menyebabkan terbakar 98 peratus serta terdapat seorang mangsa yang rentung akibat kebakaran tersebut.

“Ketua operasi mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) seterusnya mengarahkan anggota membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula, sumber air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata operasi tamat pada 12.16 tengah malam dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan