Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa laluan di Kuching akan ditutup bagi acara perlumbaan berbasikal SUKMA yang akan bermula 14 hingga 17 Ogos ini. Foto hiasan Envato

Beberapa laluan ditutup bagi acara berbasikal SUKMA 2024

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 6 Ogos: Beberapa jalan raya di sekitar bandar raya ini akan ditutup sementara bagi acara perlumbaan berbasikal sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 pada 14 hingga 17 Ogos ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, jalan yang akan ditutup adalah jalan akses Politeknik Kuching, Jalan Pehin Sri Adenan Satem (FAC), jalan Kampung Ulu Selang-lampu isyarat Telaga Air, lampu isyarat Kopodim dan lampu isyarat FAC menuju Matang Jaya.

“Polis akan menutup dan membuat lencongan jalan sementara secara berperingkat sekitar venue dan lokasi perlumbaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pengumuman penutupan dan lencongan sementara ini bertujuan untuk memudahkan orang ramai mengetahui jalan yang tutup bagi memudahkan dan mengelakkan kesesakan lalu lintas kelak.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk berhati-hati dan merancang perjalanan masing-masing bagi melancarkan acara berbasikal itu berlangsung,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan