Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas mendengar penerangan tentang projek pembinaan Pusat Pentadbiran Bersepadu Bintulu daripada Dr Cassidy Morris di Bintulu, hari ini.

Bangunan Pusat Pentadbiran Bersepadu Bintulu dijangka tersergam indah pada Mac 2025

ByPriscilla

BINTULU, 6 Ogos: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu diminta memantau rapi pembinaan projek Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC) Bahagian Bintulu di Jepak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dengan cuaca baik dan tenaga kerja serta bahan binaan mencukupi, tidak ada sebab projek pembinaan IAC mengalami kelewatan.

Pelaksanaan pembinaan projek yang kini mencapai kemajuan 68.88 peratus itu dijadualkan siap pada penghujung Mac 2025.

“Bintulu sangat bertuah dan jika anda lihat pada Hari Sarawak tempoh hari jambatan Jepak diletakkan lampu dan kelihatan sangat megah seakan-akan seperti Golden Gate Bridge di San Fransisco dijadualkan siap pada bulan Februari 2025,” katanya ditemui ketika lawatan ke tapak pembinaan IAC Bintulu di sini, hari ini.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata dengan adanya bangunan moden dan bakal menjadi ikonik dapat menyuntik kakitangan kerajaan supaya mereka mempunyai semangat dan pandangan yang baharu untuk membawa pembangunan.

Turut serta dalam lawatan itu, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Aidel Lariwoo, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datu Chiew Chee Yau dan Pengarah JKR Sarawak Dr Cassidy Morris. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan