Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir merasmikan Kongres Dunia Herpetologi ke-10 (WCH10) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. Foto, Zaim Zharfan (TVS).

UNIMAS bersedia pimpin Malaysia dalam usaha pemuliharaan biodiversiti, alam sekitar

KUCHING, 5 Ogos: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersedia untuk menerajui negara dalam usaha pemuliharan biodiversiti dan alam sekitar menerusi penyelidikan inovatif.

Naib Canselornya Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit berkata, melalui penubuhan Institusi Kepelbagaian Biodiversiti dan Pemuliharaan Alam Sekitar (IBEC) sebagai Hub Penyelidikan Biodiversiti, universiti berkenaan akan memperkukuh penyelidikan dan program pendidikan serta jangkauan alam sekitar.

UNIMAS juga kata beliau akan memberi tumpuan terhadap projek pemuliharaan berasaskan komuniti, rangkaian dasar dan advokasi serta inisiatif mampan.

Awang Tengah ketuai delegasi Sarawak ke Australia, kaji pengurusan buaya

“Antara inisiatif lain yang kita jalankan termasuk membangunkan lebih banyak kerjasama, meningkatkan kesedaran, mempromosikan amalan mampan dan menggalakkan kepelbagaian biologi berkesan dan penyelidikan sains alam sekitar.

“Saya percaya bahawa semua inisiatif akan mempunyai kesan kepada objektif universiti dan akan menyumbang kepada agenda global kemampanan dalam menangani cabaran dan penyelesaian perubahan iklim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kongres Herpetologi Sedunia Kesepuluh (WCH10) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Kongres berkenaan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh.

Kongres Herpetologi Dunia buat kali pertama dianjurkan di Asia Tenggara dengan Sarawak dipilih sebagai tuan rumah.

Bertemakan Membentuk Masa Depan Pemuliharaan Amfibia dan Reptilia Menerusi Kerjasama Global, kongres kali ini disertai 1400 peserta dari 70 negara termasuk dari Jerman, Kanada, Norway, Austria, Poland, Amerika Syarikat, Switzerland dan Bangladesh. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan