Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad petanque Sabah menyasarkan dua pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak yang akan membuka tirai pada 17 Ogos. Foto hiasan Envato

SUKMA: Skuad petanque Sabah sasar dua pingat emas

ByBernama

KOTA KINABALU, 5 Ogos: Skuad petanque Sabah menyasarkan dua pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak yang akan membuka tirai pada 17 Ogos.

Ketua Jurulatih Wahadhir Hamdan berkata bagi mencapai sasaran itu peserta sangat komited menjalani latihan intensif di Politeknik Kota Kinabalu (PTKK) secara berkala dengan 10 jam setiap sesi.

“Setakat ini dari segi persiapan, peserta sudah bersedia mental dan fizikal dengan menyertai beberapa kejohanan petanque bersama negeri-negeri lain di Malaysia.

“Kejohanan yang disertai itu akan mendedahkan pemain petanque Sabah dengan cara permainan lawan dan strategi perlawanan,” katanya kepada Bernama.

Wahadhir berkata seramai 20 pemain berumur antara 15 hingga 21 tahun terdiri pelajar sekolah menengah dan PTKK akan mewakili Sabah dalam acara berkenaan.

Pada edisi sebelum ini di Kuala Lumpur, pasukan petanque Sabah berjaya mengutip satu pingat emas dan berhasrat untuk menambah emas pada SUKMA kali ini.

Wahadhir yang juga jurulatih remaja kebangsaan dan terpilih sebagai jurulatih keempat terbaik dalam World Cup di Thailand pada November tahun lepas mahu berkongsi kemahiran bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap untuk mewakili Sabah.

Muhammad Aiman Daniel Mohd Ali, 16, yang juga pemain remaja Malaysia Asian Championship mahu mencipta sejarah sebagai pemain pertama Sabah mendapat pingat dalam acara berkenaan.

Bercita-cita ingin menjadi pemain professional, atlet itu mahu menjadikan pengalaman julung kali di SUKMA tahun ini sebagai panduan untuk meneruskan kecemerlangan.

Hasrat sama turut dikongsi Nur Vivianah Chia, 18,  yang menaruh harapan untuk beraksi cemerlang.

“Sebagai pemain, sudah pasti kita mengharapkan kemenangan dan fokus dalam perlawanan,” katanya yang memenangi pingat emas dalam Duo Wanita peringkat kebangsaan pada bulan lepas di Arena Petanque Politeknik Kota Kinabalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan