Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata S\setakat Jun 2024, Sarawak merekodkan pendapatan sebanyak RM7.66 bilion.

Sarawak peroleh pendapatan RM7.66 bilion separuh pertama 2024

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Ogos: Setakat Jun tahun ini, Sarawak merekodkan pendapatan sebanyak RM7.66 bilion, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Menteri Kewangan Kedua Sarawak berkata pendapatan yang memberangsangkan ini adalah antara bukti keberkesanan kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Masih berbaki lagi enam bulan, namun (pendapatan ini) belum lagi datang dari agregator, sumber pendapatan yang baharu untuk Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Teh Jabatan Premier Sarawak sempena sambutan Hari Jadi Premier di sini, hari ini.

Majlis itu dihadiri Abang Johari, isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Openg, Timbalan-timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Uggah berkata, pengiktirafan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi. Malah, menurutnya berdasarkan artikel dibacanya, Malaysia bergantung dengan Sarawak untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Selain kejayaan dalam ekonomi, Abang Johari juga merupakan pemimpin yang menekankan pentingnya keharmonian antara kaum dan agama di Sarawak.

“Kepimpinan Premier Sarawak juga menjadikan Sarawak kekal sebagai wilayah yang paling harmoni dalam Malaysia,” katanya.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan