Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara blok bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Rancangan Sepupok, Subis, Miri. Foto Salasiah Safian (TVS)

Projek Pembinaan Gantian Penuh SK Rancangan Sepupok, Subis siap 95 peratus

BySalasiah Safian

MIRI, 5 Ogos: Projek Pembinaan Gantian Penuh SK Rancangan Sepupok, Subis siap 95.25 peratus setakat ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Aidel Lariwoo berkata sekolah tersebut dijangka siap pada penghujung Ogos ini.

Antara blok bangunan SK Rancangan Sepupok, Subis yang baharu. Foto Salasiah Safian (TVS)

“Projek ini mengalami sedikit masalah teknikal seperti bekalan air dan elektrik. Namun ia dapat diselesaikan dengan segera.

“Sekarang ini hanya tinggal kerja-kerja akhir untuk disiapkan. Untuk mengatasi masalah bekalan air, kami akan meletakkan tangki air aras tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke projek Pembinaan Gantian Penuh 6 Bilik Darjah, 8 Unit Rumah Guru, Asrama Pelajar dan Lain-Lain Kemudahan di SK Rancangan Sepupok di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Rosey Yunus berkata, projek ini dapat mengurangkan beban ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah lain kerana keadaan sekolah sebelum ini yang tidak dapat menampung kapasiti para pelajar.

“Terima kasih atas pembinaan sekolah yang sangat cantik dan saya yakin ia akan memberi semangat khususnya untuk anak kita untuk ke sekolah dan juga satu hadiah kepada kawasan kita di Skim Rancangan Sepupok,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan