Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersalaman dengan hadiri pada Majlis Jamuan Teh Jabatan Premier Sarawak sempena Hari Jadi beliau di Kuching, hari ini.

Pendapatan Sarawak 2024 dijangka lebih tinggi tidak termasuk hasil agregator gas

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Ogos: Pendapatan Sarawak pada tahun ini dijangka lebih RM13.3 bilion, lebih tinggi berbanding tahun lepas, malah unjuran itu belum mengira pendapatan susulan pengambilalihan hak agregator gas asli.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pengambilalihan hak kawal dan selia daripada Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) kepada Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) adalah berlandaskan undang-undang.

“Undang-undang yang digubal berkaitan agregator juga berdasarkan perlembagaan. Kita melaksanakan undang-undang adalah berdasarkan hak dalam Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Teh Jabatan Premier Sarawak sempena Hari Jadi beliau di sini, hari ini.

Hadir sama, isteri Premier, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan-timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Abang Johari berkata lagi, isu berkaitan agregator dan gas asli kini menjadi topik perbahasan ekonomi di peringkat kebangsaan, malah turut mendapat perhatian media ekonomi antarabangsa.

Sebelum ini Sarawak memutuskan syarikat petroleum milik kerajaan Sarawak, PETROS akan mengambil alih peranan dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak bermula 1 Julai ini.

Bagaimanapun, PETRONAS meminta penangguhan pelaksanaan pengambilalihan itu kerana pengagihan gas ke Loji LNG di Bintulu akan terjejas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan