Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas bercakap dalam sidang media selepas mengendalikan Mesyuarat Pemantauan Projek (Rural Connectivity) bersama JKR Bahagian dan Wakil Rakyat Tempatan di sini, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

MIPD Sarawak teruskan kajian cari mekanisme sesuai laksana projek di Miri – Douglas Uggah

BySalasiah Safian

MIRI, 5 Ogos: Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak akan terus mengkaji mekanisme sesuai untuk melaksanakan projek pembangunan di sini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek perintis telah dilaksanakan di Baram, namun pihaknya telah mendapati wujud beberapa kekurangan yang memerlukan penambahbaikan.

Jelas beliau setelah mempunyai kaedah efektif, projek yang akan dilaksanakan di kawasan yang lain yang mengalami masalah yang sama.

“Buat masa sekarang kerajaan memberikan RM5  juta untuk setiap pilot project (dan) jumlah itu tidak cukup.

“Yang keduanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu mengenal pasti tempat yang rosak, kemudian mengeluarkan service order yang mengambil masa.

“(Tindakan) meminta kontraktor melaksanakan kerja juga mengambil masa,” katanya dalam sidang media selepas hadir taklimat bersama  JKR Sarawak, di sini hari ini.

Berhubung isu jambatan putus di kawasan pedalaman, Douglas Uggah memaklumkan pihaknya akan melaksanakan kaedah terbaik bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang.

“Kita mempunyai polisi seperti beberapa jalan yang dibuat oleh Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HAD) atau oleh JKR yang akan didaftarkan di bawah jalan negeri dan kemudiannya akan didaftarkan di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS).

“Ada dana penyenggaraan yang digunakan untuk menyelenggara jalan kampung dan jalan negeri di Sarawak,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan