Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 yang terbabas Kilometer 18.2 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dekat sini hari ini. Foto JBPM.

Lelaki maut SUV dipandu terbabas, tersangkut di penghadang jalan

BAYAN LEPAS, 5 Ogos: Seorang lelaki maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terbabas sebelum tersangkut pada penghadang jalan laluan motosikal di Kilometer 18.2 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi tadi, mangsa disahkan sebagai M. Guna, 29, meninggal dunia di lokasi kejadian disyaki akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan mendapati SUV jenis Proton X50 dipandu mangsa yang datang dari arah Batu Kawan menuju ke Batu Maung itu dipercayai terbabas selepas hilang kawalan.

Kata beliau, impak kejadian itu menyebabkan kenderaan berkenaan yang remuk tersangkut pada penghadang laluan motosikal.

“Bantuan daripada pihak bomba digunakan untuk keluarkan mangsa yang tersepit di dalam SUV dan dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

“Polis sedang mengesan saksi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan berikutan ada pemandu lori yang tampil membuat laporan mendakwa bahagian belakang lorinya telah dilanggar SUV itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Kamarul Rizal, semakan mendapati, mangsa mempunyai lesen memandu yang sah, namun cukai jalan SUV terbabit didapati telah tamat tempoh pada Mac lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan