Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
NPRA menyatakan produk yang dikesan adalah GB Night Cream Treatment yang mengandungi racun berjadual hydroquinone dan tretinoin, manakala GB Herbal Cream Treatment (merkuri dan betamethasone 17- Valerate) serta Aniqa Night Cream (tretinoin).

KKM haramkan tiga produk kosmetik, dikesan mengandungi racun berjadual

ByCheryl Syahmina Toh

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiga produk kosmetik di pasaran mengandungi racun berjadual.

KKM menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan produk berkenaan membabitkan GB Night Cream Treatment yang mengandungi racun berjadual hydroquinone dan tretinoin manakala GB Herbal Cream Treatment dikesan mengandungi unsur merkuri dan betamethasone 17- Valerate.

Aniqa Night Cream pula dikesan mengandungi tretinoin.

NPRA menyatakan produk yang dikesan adalah GB Night Cream Treatment yang mengandungi racun berjadual hydroquinone dan tretinoin, manakala GB Herbal Cream Treatment (merkuri dan betamethasone 17- Valerate) serta Aniqa Night Cream (tretinoin).

“Susulan itu notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” jelas kementerian itu menerusi kenyataan media hari ini.

Tambah KKM, merkuri dilarang digunakan dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan dan menyebabkan ruam, iritasi serta perubahan lain pada kulit.

“Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan,” kata KKM.

Jelas KKM, penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti kemerahan pada kulit, bahagian kulit muka menjadi nipis, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

Sementara itu, orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Justeru, pengguna digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan