Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 21,000 penjawat awam Selangor bakal menerima kadar baharu kenaikan gaji selaras dengan pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

Kadar kenaikan gaji penjawat awam Selangor dilaksanakan selaras pengumuman PM

ByBernama

SHAH ALAM, 5 Ogos: Lebih 21,000 penjawat awam Selangor bakal menerima kadar baharu kenaikan gaji selaras dengan pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadualkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kadar baharu itu bergantung kepada jumlah yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan selepas ini.

“Kita akan ikut (kerajaan Persekutuan) dan lihat berapa kadar yang ditetapkan. Dengan rizab (simpanan kewangan) yang kita ada, kita boleh beri (kenaikan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Himpunan Penjawat Awam Selangor dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Selangor 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini, hari ini.

Pada 3 Mei lepas, Amirudin dilaporkan berkata pelarasan gaji kakitangan awam Selangor akan dilaksanakan setelah kerajaan negeri mendapat pekeliling kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, Perdana Menteri dilaporkan berkata kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober ini.

Kali terakhir kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam diumumkan adalah sekitar 13 peratus pada 2013. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan