Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Operasi Pasukan Keamanan Cartenz 2024 Faizal Ramadhani ketika menunjukan gambar Juruterbang Glen Malcolm Conning berusia 50 warganegara New Zealand dibunuh oleh Kumpulan Penjenayah Bersenjata (KKB) di Mimika, Papua. Foto Pasukan Keamanan Cartenz 2024

Juruterbang berasal New Zealand dibunuh di Papua

ByTVS

JAKARTA, 5 Ogos: Kumpulan Penjenayah Bersenjata (KKB) Papua disahkan membunuh seorang juruterbang warga New Zealand di Mimika, Papua hari ini.

KKB sebelum itu menjadikan juruterbang berkenaan yang berkhidmat dengan syarikat Perkhidmatan Udara Space Diamond itu sebagai tebusan.

Difahamkan penculikan itu berlaku sejurus helikopter berkenaan yang membawa empat penumpang yang terdiri daripada dua petugas kesihatan dan dua kanak – kanak tiba di Alama dari Lapangan Terbang Moses Kilangin Timika.

Helikopter yang dikendalikan oleh Glen Malcolm Conning, 50, itu dipercayai diserang kira – kira pukul 10 pagi waktu tempatan.

Ketua Operasi Pasukan Keamanan Cartenz, Faizal Ramadhani mengesahkan kejadian itu berdasarkan maklumat saksi di tempat kejadian.

“Saksi memberitahu selepas helikopter mendarat, penumpang dan juruterbang telah ditangkap (oleh anggota KKB yang) bersenjata api dan ketika itulah juruterbang itu terbunuh,” katanya.

Jelasnya saksi menambah mayat juruterbang kemudian dibakar bersama helikopter namun penumpang lain dilaporkan selamat.

Tambahnya pasukan keselamatan Indonesia sedang berusaha untuk ke lokasi kejadian bagi memindahkan mayat.

Buat sementara waktu, semua penerbangan ke destinasi berisiko tinggi di Papua dihentikan serta-merta sebagai langkah keselamatan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan