Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian orang ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir terhadap jenazah tragedi letupan sebuah kapal di perairan Samalaju, Bintulu, Sarawak, Allahyarham Muhamad Firdaus Abdull Fatah, 36, sebaik dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Jay hari ini. Foto Bernama

Jenazah tragedi letupan kapal di Bintulu selamat dikebumikan pagi ini

ByBernama

BAGAN SERAI, 5 Ogos: Jenazah Allahyarham Muhamad Firdaus Abdull Fatah, 36, yang maut dalam letupan sebuah kapal di perairan Samalaju, Bintulu Sarawak, selamat dikebumikan pada 7.25 pagi hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Jay, di sini.

Lebih 100 jemaah menyertai solat jenazah di Masjid Permaisuri Tuanku Hajah Haminah Matang Jelutong sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan berhampiran masjid.

Terdahulu, jenazah diterbangkan dari Bintulu pada 8.15 malam dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 10.30 malam, sebelum dibawa ke kediaman keluarganya di Kampung Parit Jay, dekat sini pada 4.04 pagi tadi.

Dalam kejadian 10.40 malam Jumaat lalu, dua pekerja kapal maut manakala seorang parah dalam letupan dalam di bilik enjin kapal Icon Amara, ketika kapal tersebut sedang menuju ke pelantar Patricia.

Muhamad Firdaus, seorang penolong jurutera, dilaporkan meninggal dunia bersama seorang lagi rakannya Oiler George Ngilah, 24, dari Sibu, manakala seorang lagi kru dilaporkan parah.

Allahyarham yang merupakan anak keenam daripada sembilan beradik, meninggalkan seorang balu, Siti Rashidah Sharif, 31. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan