Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Individu kedua telah berjaya menerima implan daripada Neuralink dan prosedur itu berjaya, umum bilionair Amerika Syarikat (AS) Elon Musk. Foto AFP

Individu kedua berjaya jalani prosedur implan otak Neuralink – Musk

ByBernama

MOSCOW, 5 Ogos: Individu kedua telah berjaya menerima implan daripada Neuralink dan prosedur itu berjaya, umum bilionair Amerika Syarikat (AS) Elon Musk.

“Saya fikir ia akan menjadi lebih baik dengan setiap implan. Saya tidak mahu merosakkannya, tetapi nampaknya implan kedua berjalan dengan sangat baik.

“Jadi, terdapat banyak isyarat, banyak elektrod. Ia berfungsi dengan sangat baik,” kata Musk semasa audio siar selama lapan setengah jam dengan penulis blog YouTube dan saintis komputer Lex Fridman.

Menurut Musk, 400 elektrod berfungsi di dalam otak pesakit itu.

Terdahulu, individu pertama yang menerima implan Neuralink, Noland Arbaugh memberitahu Sputnik bahawa walaupun beberapa elektrod sebelum ini berpindah daripada otak (kini “ia berfungsi dengan ketepatan lebih kurang 15 peratus”), keberkesanan peranti dalam otaknya hanya semakin meningkat.

Menurut Arbaugh, jika peserta seterusnya dalam eksperimen itu dapat mengaktifkan 100 peratus atau 90 peratus daripada benang elektrod, mereka akan dapat melakukan perkara yang tidak dapat dilakukannya sekarang, dan ini memberikan harapan besar untuk masa depan.

Musk menyatakan bahawa syarikat itu berharap untuk mempunyai 10 pesakit dengan implan Neuralink menjelang akhir tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan