Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Jamuan Teh Jabatan Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Hak Sarawak terhadap kawasan luar pantai diperakui

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Ogos: Hak Kerajaan Sarawak ke atas kawasan luar pantai diperakui Kerajaan Persekutuan yang seterusnya membolehkan penerokaan dalam industri penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pengiktirafan itu dicapai menerusi Mesyuarat Majlis Tenaga Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari lepas.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan mengenai kuasa dan tanah kita di pelantar benua seperti yang termaktub dalam Akta Pelantar Benua (Pindaan) 2009.

“Anda tidak boleh menyentuh tentang hak dalam sempadan negeri. Alhamdulillah kita sudah selesaikan isu ini. Perdana Menteri mengiktiraf bahawa kita akan bersama-sama mempromosikan dalam membangunkan CCUS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Teh Jabatan Premier Sarawak sempena Hari Jadi beliau di sini, hari ini.

Hadir sama, isteri Premier, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan-timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Abang Johari berkata, dengan penerokaan industri CCUS dan lain-lain perancangan ekonomi, Sarawak bakal mempunyai masa depan yang cerah.

Menurutnya, langkah seterusnya adalah untuk melatih pemimpin muda dalam menceburi aktiviti ekonomi baharu pada masa hadapan.

Pada majlis sama, beliau mengulangi bahawa Kolej Universiti i-Cats menawarkan kursus aeroangkasa di Kolej Universiti i-Cats pada September nanti.

“Kedudukan geografi Sarawak yang terletak di kawasan khatulistiwa sesuai dijadikan lokasi untuk mempelajari kursus aeroangkasa dan mini satelit,” katanya.

Tambahnya, fakulti aeroangkasa di Kolej Universiti i-Cats akan mempunyai 30 orang penuntut serta tenaga pengajar dari Universiti Tekonologi Malaysia (UTM), Singapura dan Amerika Syarikat yang bakal mewujudkan industri baharu dari sudut teknologi aeroangkasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan