Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui media selepas sesi rakaman program temu bual terbitan TVS, Dialog TVS, di sini, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Ganjaran lebih RM10,000 menanti atlet Sarawak raih emas SUKMA?

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 5 Ogos: Sarawak dijangka memberi imbuhan setanding atau lebih berbanding jumlah tertinggi diumumkan negeri tertentu kepada atletnya yang meraih pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bagaimanapun berkata, nilai sebenar akan diputuskan oleh Kabinet Sarawak.

Jelas beliau, ketika ini belum ada kata putus mengenai perkara itu.

“(Namun) saya percaya Sarawak sebagai tuan rumah, (tentunya) kita akan beri imbuhan yang baguslah, lebih bagus daripada SUKMA lepas.

“Kalau dapat, (kita) beri imbuhan sama seperti negeri lain yang letak jumlah terbesar atau (mungkin) lebih.

“Itulah yang saya dapat baca berdasarkan apa yang Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg maklumkan tempoh hari,” katanya ketika ditemui media selepas sesi rakaman program temu bual terbitan TVS, Dialog TVS, di sini, hari ini.

Tambah Abdul Karim, pihaknya tidak mahu mengumumkan terlebih dahulu kerana mahu atlet tidak mengharapkan pemberian imbuhan semata-mata dalam usaha memenangi pingat emas.

“Ini amat penting sebagai seorang atlet, jangan terlalu melihat imbuhan.

“Kita tahu bagaimana hendak memberi ganjaran kepada atlet-atlet yang menang nanti, insya-Allah,” katanya.

Pada Sabtu, Abang Johari memaklumkan jumlah insentif yang bakal diterima oleh pemenang pingat emas hanya akan diputuskan selepas Mesyuarat Kabinet Kerajaan Sarawak.

Sebelum ini Selangor menawarkan menawarkan insentif kemenangan RM10,000 untuk atlet negeri itu yang berjaya memenangi pingat emas dalam SUKMA Sarawak manakala Negeri Sembilan mengumumkan ganjaran RM5,000 kepada pemenang emas. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan