Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang buruh dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menipu dan memperdaya seorang warga emas berkaitan bantuan eKasih. Foto hiasan Envato

Buruh sekali lagi didakwa tipu bantuan eKasih

ByBernama

MANJUNG, 5 Ogos: Seorang buruh dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menipu dan memperdaya seorang warga emas berkaitan bantuan eKasih.

Muhammad Halmi Ismail, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T. Kavita Tangga Rajoo.

Tertuduh didakwa menipu seorang lelaki berusia 70 tahun dengan memperdayanya untuk menyerahkan wang RM350 bagi membantu mendapatkan bantuan eKasih antara 3.30 hingga 5 petang pada 16 April lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank di Sitiawan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Nurjihan Jaya manakala tertuduh diwakili peguam Nurafiqah Abd Aziz.

Sebelum ini, Muhammad Halmi mengaku bersalah atas 13 pertuduhan serupa di Mahkamah Majistret Ipoh, Mahkamah Majistret Lenggong (dua pertuduhan) dan Mahkamah Majistret Taiping (18 pertuduhan). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan