Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi bergambar bersama-sama ahli PBB Cawangan Pantai Damai. Foto TVS

Bersatu hati perkuatkan PBB

KUCHING, 5 Ogos: Setiap ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu terus bersatu hati memperkuatkan parti tersebut.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, ia penting untuk memastikan PBB terus menjadi tunjang kepada Kerajaan Sarawak.

“Tugas kita sebagai ahli di peringkat ranting adalah menyokong kepimpinan parti dan sentiasa bersatu hati.

“Jika kita kuat, sudah pasti kita akan terus menjadi tunjang kepada Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PBB Ranting Bandar Baru Samariang malam tadi.

Ia merupakan mesyuarat agung pertama peringkat ranting di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

Dr. Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) menjelaskan, setiap ahli PBB juga perlu memberi sokongan padu kepada presiden parti, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk terus memimpin negeri ini sebagai Premier.

“Kita perlu memastikan Premier terus membawa kemajuan dan memastikan kita sentiasa dihormati kerana mempunyai pemimpin berwibawa,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan