Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ditawan scammer
Seorang bekas pekerja kilang berputih mata apabila wang simpanannya sebanyak RM117,375 lesap dipercayai selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan di aplikasi sosial Telegram semalam. Foto hiasan Envato

Bekas pekerja kilang rugi RM117,375 diperdaya pelaburan di Telegram

IPOH, 5 Ogos: Seorang bekas pekerja kilang berputih mata apabila wang simpanannya sebanyak RM117,375 lesap dipercayai selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan di aplikasi sosial Telegram semalam.

Mangsa wanita berusia 57 tahun itu dikatakan mula terjerat selepas melihat iklan pelaburan semasa menggunakan aplikasi berkenaan di rumahnya di Taping dekat sini kira-kira pukul 12.20 tengah hari pada 16 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Nasir Ismail berkata, mangsa mendakwa telah melihat iklan atas nama ‘Pelaburan ASNB Investment Malaysia’ sebelum tertarik dengan tawaran tersebut.

Katanya, suspek menerangkan kepada mangsa bahawa pelaburan itu menawarkan keuntungan lumayan sebanyak RM75,000 dengan hanya bermodalkan RM1,500.

“Dia dijanjikan keuntungan dalam tempoh tiga hingga enam jam sahaja selain modal dan untung akan dimasukkan terus ke dalam akaun mangsa.

“Dia telah menekan satu pautan yang diberikan suspek untuk menyertainya sebelum membuat sembilan transaksi pemindahan wang berjumlah RM117,375 ke dalam sembilan akaun bank berbeza antara 16 hingga 22 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Nasir, wanita itu sehingga kini tidak mendapat sebarang pulangan dan keuntungan seperti yang dijanjikan oleh suspek.

“Dia juga tidak dapat mengeluarkan wang modal dari platform itu kerana ia telah disekat oleh suspek.

“Mangsa akhirnya mengesyaki dia ditipu sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 12 tengah hari semalam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan