Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengadakan pertemuan dengan Meta hari ini susulan tindakan menurunkan hantaran Facebook dan Instagram Perdana Menteri.

Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO tuntut permohonan maaf Meta

ByCheryl Syahmina Toh

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini bertemu pengurusan Meta Platforms Inc (Meta) bagi menuntut penjelasan susulan tindakan menurunkan beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Mei dan 30 Julai lalu.

Pada pertemuan itu PMO turut menzahirkan rasa jelik terhadap tindakan Meta yang menurunkan hantaran Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah dan penghormatan terhadap Ismail Haniyeh yang dibunuh baru-baru ini.

Isu penurunan hantaran: PMO panggil Meta hari ini

“Pejabat Perdana Menteri melihat tindakan Meta itu sebagai satu bentuk diskriminasi, sikap tidak adil dan menyekat kebebasan berpandangan.

“Ia juga adalah penghinaan terhadap perjuangan sah rakyat Palestin menuntut keadilan dan hak asasi manusia,” jelas Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO menerusi kenyataan media selepas pertemuan berkenaan hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO turut menegaskan bahawa tindakan berkenaan telah memberi kesan mendalam kepada rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang memahami penderitaan rakyat Palestin dan menentang kezaliman rejim Zionis Israel seperti terpahat dalam lipatan sejarah.

“Keputusan unilateral untuk menapis kandungan tanpa pertimbangan terhadap konteks hantaran, jelas menimbulkan persoalan tentang ketelusan dalam dasar penapisan kandungan Meta,” tambah kenyataan media itu.

Dalam perkembangan berkaitan, PMO juga meluahkan rasa kesal terhadap insiden sekatan siaran langsung Facebook melibatkan akaun Berita RTM yang menyiarkan Himpunan Pembebasan Palestin malam tadi.

“Justeru, PMO telah menuntut beberapa perkara termasuk penjelasan terperinci berhubung tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak Meta serta permohonan maaf secara terbuka daripada Meta,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut memaklumkan seperti yang telah dijanjikan di dalam pertemuan tadi, satu kenyataan media akan dikeluarkan oleh Meta dalam masa terdekat. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan