Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak akan mempelajari kaedah pengurusan populasi buaya daripada Kerajaan Australia.Foto fail, Saibi Gi (TVS).

Awang Tengah ketuai delegasi Sarawak ke Australia, kaji pengurusan buaya

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 5 Ogos: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bakal mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak ke Australia untuk mengkaji kaedah pengurusan buaya dilaksanakan negara berkenaan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peningkatan populasi buaya di Sarawak menyebabkan wujud keperluan untuk mengkaji kaedah sesuai untuk menguruskan reptilia berkenaan.

Kata Abang Johari, delegasi itu akan berlepas ke Australia malam ini.

“Sungai-sungai di Sarawak kini penuh dengan buaya.

“(Sehubungan itu) kami ingin mengkaji ekosistem dan bagaimana Australia menguruskan buaya,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Dunia Herpetologi ke-10 (WCH10) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Tambah Abang Johari, Sarawak juga ingin mempelajari kaedah digunakan Australia untuk mengawal populasi buaya berikutan haiwan itu kini diisytiharkan sebagai spesies terancam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kami akan mengkaji bagaimana (Australia) menguruskan buaya dan masa yang sesuai untuk melupuskan agar tidak melanggar undang-undang PBB.

“Di wilayah utara Australia, buaya dan kerbau boleh hidup di habitat yang sama,” tambahnya.

Tambah Abang Johari delegasi itu akan yang turut disertai Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Sebelum ini Len Talif mendedahkan bahawa populasi buaya di Sarawak meningkat hampir dua kali ganda kepada kira-kira 25,000 dalam tempoh sembilan tahun.

Beliau  menambah bahawa kes konflik antara buaya dan manusia di Sarawak adalah purata enam kes setiap tahun. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan