Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kaunselor MBM, Jeffery Phang semasa sesi bergambar. Foto TVS

Ambil peluang dapatkan pendidikan terbaik

MIRI, 5 Ogos: Pelajar diingatkan untuk mengambil peluang yang diberikan bagi mendapatkan pendidikan yang terbaik demi masa hadapan mereka.

Kaunselor Majlis Bandaraya Miri (MBM), Jeffery Phang berkata, kerajaan menawarkan bantuan dan pendidikan percuma bagi membantu pelajar-pelajar ini meneruskan pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

“Sebagai rakyat Sarawak, pelajar perlu mengambil peluang yang baik untuk memastikan anda mendapat pendidikan yang baik. Tidak ada alasan bahawa pendidikan itu mahal kerana Kerajaan Sarawak menawarkan pendidikan percuma kepada setiap daripada kita selagi anda ingin belajar.

“Bagi mereka yang tidak cemerlang dalam keputusan mereka, yuran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah dalam kemampuan dan ia ditawarkan di mana-mana sahaja, maka rebutlah peluang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin semasa Majlis Penyerahan Insentif SPM, Junior UEC dan A Level di Sekolah Menengah Jalan Riam pada Isnin.

Sejumlah RM13,700 diberikan kepada 30 pelajar cemerlang meliputi 24 pelajar  SPM, seorang pelajar  Junior UEC dan lima orang pelajar A Level.

Jeffery dalam pada itu turut mengingatkan pelajar mengenai dasar pendidikan percuma 2026 peringkat tinggi untuk Sarawak membabit institusi pengajian tinggi milik negeri seperti Universiti Curtin, Universiti Swinburne, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Kolej Universiti i-Cats dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

Pada masa sama beliau juga menggalakkan pelajar menguasai kemahiran teknologi digital seperti kecerdasan buatan (AI) kerana kemahiran ini mempunyai permintaan dalam pasaran pekerjaan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan