Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-74 kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Dr Wan Junaidi zahir ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada Premier Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 4 Ogos: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-74 kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini.

“Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan oleh Allah SWT dalam semua urusan mentadbir Sarawak.

“Salam ingatan tulus ikhlas daripada TYT Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan isteri, YABhg. Toh Puan Fauziah binti Mohd Sanusi,” ujarnya menerusi Facebook rasminya, hari ini.

Selain itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri turut menyuarakan penghargaan terhadap usaha Abang Johari untuk membawa Sarawak ke arah pembangunan dan kemajuan.

Kata Nancy, melalui kestabilan politik yang berasaskan perpaduan masyarakat yang bersatu, rakyat Sarawak dapat menikmati pelbagai inisiatif dan bantuan untuk kehidupan yang lebih selesa serta masa depan sosioekonomi yang lebih terjamin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan