Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sabah sasar pingat emas kategori palang tunggal dalam acara individu SUKMA 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini. Foto, Persatuan Gimnastik Negeri Sabah.

SUKMA: Gimnastik artistik Sabah sasar pingat emas acara palang tunggal

ByBernama

KOTA KINABALU, 4 Ogos: Pasukan gimnastik artistik Sabah menyasarkan pingat emas bagi kategori palang tunggal dalam acara individu pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang dijadual berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Jurulatih Azri Omar berkata sasaran itu berdasarkan potensi gimnas Sabah Marvell Vincent Voo yang diyakini mampu menyumbang pingat emas kepada pasukan seterusnya kontinjen Sabah pada temasya sukan berkenaan.

SUKMA: 14 pingat emas acara gimnastik jadi buruan Sarawak

Beliau berkata Marvell memberi kelebihan kepada pasukan bukan hanya kerana pengalamannya dalam acara sukan itu, tetapi juga adalah pelapis atlet gimnastik kebangsaan.

“Buat masa ini, kami boleh sasarkan satu pingat individu acara palang tunggal kerana kita ada seorang gimnas yang mewakili pelapis Malaysia iaitu Marvell, yang sekarang menjalani latihan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur,” katanya kepada Bernama pada sesi latihan pasukan gimnastik artistik Sabah di Kompleks Sukan Likas di sini baru-baru ini.

Azri berkata atlet gimnastik artistik yang bakal mewakili Sabah pada SUKMA 2024 telah membuat persiapan lebih awal sejak dua tahun lepas dan mereka juga telah menjalani ujian kawalan bagi melihat prestasi serta keupayaan masing-masing.

“Kami akan membuat ujian kawalan dua minggu. Ada dua kali lagi ujian untuk persiapan sebelum pergi ke SUKMA,” katanya sambil berharap kesemua 12 atlet gimnastik artistik Sabah masing-masing enam lelaki dan enam wanita melakukan terbaik dalam temasya sukan itu.

Bagi acara berpasukan pula, Azri berkata pihaknya turut mengharapkan atlet mengekalkan prestasi dan kejayaan dilakar pada SUKMA di Kuala Lumpur sebelum ini seterusnya menyumbang pingat pada SUKMA kali ini.

Beliau berkata acara berpasukan lelaki gimnastik artistik Sabah meraih pingat perak dalam temasya SUKMA dua tahun lepas.

Mengulas mengenai latihan, Abd Izzat Daniel Abd Rauf yang juga jurulatih pasukan berkata atlet gimnastik artistik Sabah perlu menjalani dua sesi latihan setiap Isnin hingga Sabtu, selain ujian kecergasan pada hujung bulan dan ujian kawalan sebagai persiapan mereka sebelum menghadapi SUKMA ini.

“Kami lebih fokus kepada kesilapan-kesilapan kecil supaya ia dapat dielakkan kerana kesilapan kecil boleh mengurangkan markah.

“Kesilapan kecil bagi kami kesilapan besar juga kerana sukan ini lebih kepada kekemasan dan kesempurnaan,” katanya yang sebelum ini mewakili Sabah sebagai atlet gimnastik sebelum buat pertama kali berkhidmat sebagai jurulatih. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan