Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui media selepas Majlis Pelancaran Biografi Gabenor Pertama Sarawak, Tun Openg, di Hikmah Exchange Event Centre Kuching. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak bersedia guna dana sendiri tingkat pembangunan infrastruktur Pos Tebedu – Entikong

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 4 Ogos: Sarawak bersedia menggunakan dana sendiri bagi meningkatkan pembangunan infrastruktur di pintu masuk sempadan antara negeri ini dengan Indonesia melibatkan Pos Tebedu – Entikong.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah untuk mengeluarkan dana sendiri itu susulan lokasi Tebedu yang dihubungkan menerusi laluan berkembar dan kawasan perindustrian yang terletak di sebelahnya.

“Bagi pihak kita (Kerajaan Sarawak), kita bersetuju membantu mereka (Kerajaan Persekutuan) secara bersama 50-50 untuk mempercepatkan kawasan sempadan Tebedu.

“Bukan Sarawak membayar 50 peratus, tetapi kita secara sukarela membantu sebab di sana ada laluan berkembar ke Tebedu. Di sana juga mempunyai satu kawasan perindustrian, kita boleh melabur di sana,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Biografi Gabenor Pertama Sarawak, Tun Openg di HIKMAH Exchange Event Centre (HEEC) di sini, hari ini.

Abang Johari berkata demikian ketika ditanya mengenai peruntukan RM1 bilion yang diberikan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan semua kemudahan di sepanjang sempadan Sarawak dan Sabah dengan Kalimantan yang dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Sabtu.

Mengulas lanjut mengenainya, Abang Johari berkata peruntukan itu melibatkan pembangunan kemudahan di beberapa kawasan sempadan di negeri ini namun ia masih tidak mencukupi.

“RM1 bilion bukan untuk Tebedu sahaja, ia termasuk pos sempadan Ba’kelalan, Biawak dan Tapak Megah. Peruntukan itu untuk membangunkan sempadan dulu, jalan raya kemudian kerananya kosnya tinggi.

“Itulah sebabnya saya membangkitkan perkara ini di kabinet. Saya fikir kita perlu melakukannya dengan cepat kerana Ibu Kota Nusantara sedang membangun, dan ia akan memberi kesan kepada kita,” katanya.

Abang Johari menegaskan, pembangunan kemudahan di sempadan antara Sarawak dan Indonesia itu perlu dimulakan tahun ini setelah peruntukan diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan