Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang anggota renjer maut manakala enam lagi cedera dalam satu insiden letupan bom di sebuah tanah perkuburan di Daerah Raman, Yala awal pagi Ahad.

Renjer maut, enam lagi cedera dalam letupan bom di Yala

ByBernama

YALA, 4 Ogos: Seorang anggota renjer maut manakala enam lagi cedera dalam satu insiden letupan bom di sebuah tanah perkuburan di Daerah Raman, Yala awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Raman, Kolonel Polis Adul Ngoh berkata polis menerima laporan insiden letupan bom itu kira-kira 10.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.

“Tujuh anggota renjer sedang melakukan rondaan berjalan kaki di kampung Pulamong sini.

“Ketika mereka sedang berehat di sebuah wakaf yang terletak dalam kawasan tanah perkuburan, bom meletup dan menyebabkan seorang daripada anggota renjer maut di tempat kejadian. Enam lagi cedera termasuk seorang cedera parah,” katanya ketika dihubungi di sini Ahad.

Beliau berkata renjer lelaki yang maut di tempat kejadia itu berumur 29 tahun dan berasal dari Narathiwat manakala mereka yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Raman dan Hospital Pattani.

Adul berkata polis sedang melakukan siasatan untuk menjejaki dalang kejadian.  -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan