Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tidak timbul sebarang masalah membabitkan Kerajaan Sarawak dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) susulan hak pengagihan gas di wilayah ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto, Nadim Bokhari (TVS) dan Facebook PETRONAS.

Pengagihan gas: Tiada masalah antara Kerajaan Sarawak dan PETRONAS – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 4 Ogos: Tidak timbul sebarang masalah membabitkan Kerajaan Sarawak dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) susulan hak pengagihan gas di wilayah ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, tiada lagi rundingan selepas pihaknya memberi tempoh lanjutan tiga bulan kepada PETRONAS untuk menyelesaikan perkara itu.

Jelas beliau, ketika ini perkara berkenaan hanya membabitkan aspek undang-undang.

“Kita mempunyai perjanjian sedia ada dengan pembeli sekarang terutamanya gas asli cecair (LNG).

“Jadi untuk melaksanakannya, mereka (PETRONAS) meminta tempoh tiga bulan untuk berbincang dengan pembeli, tiada masalah sebenarnya,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Pelancaran Biografi Gabenor Pertama Sarawak, Tun Openg di HIKMAH Exchange Event Centre (HEEC) di sini, hari ini.

Abang Johari berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bloomberg yang mengatakan Sarawak mendesak untuk mengawal sumber gas sebagai sebahagian usahanya untuk mendapatkan autonomi.

Kerajaan Sarawak sebelum ini memberi tempoh lanjutan tiga bulan kepada syarikat minyak dan gas negara itu untuk memuktamadkan susunan penyeliaan pengagihan gas di Sarawak dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

Sarawak memutuskan PETROS yang juga syarikat petroleum miliknya akan mengambil alih peranan dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak bermula 1 Julai lepas. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan